Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Utusan paling menggerunkan Anwar Ibrahim

 
KOPITIAM TALK
8 Februari  2010
                                                                                                               

UTUSAN PALING MENGGERUNKAN ANWAR IBRAHIM


Apa yang digeruni oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim sejak di tangkap kerana disyaki melakukan liwat ke atas seorang pemuda “jambu” hampir dua tahun lalu sekarang sedang dilaluinya.

Inilah lorong yang dia telah berhempas pulas,bermati-matian mahu mengelakkannya sejak kira-kira dua tahun lalu termasuk menggunakan saluran politik untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan awam tetapi takdir dan keadilan mengatasi segala-galanya.

Mulanya beliau menggemparkan negara dengan melarikan diri ke kedutaan Turki untuk mencari perlindungan dan kekebalan setelah laporan polis dibuat terhadapnya tetapi tentulah sistem keadilan negara akan tercabar dan dipersoalkan jika muslihatnya tidak menampakkan keadilan kepada anak muda jambu yang dikatakan menjadi mangsanya Mohd Saiful Bukhari.

Sekarang seluruh dunia tahu bahawa dia sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Saiful dengan berbagai cerita lucu, kotor dan jijik.

Walaupun perbicaraan telah bermula sejak Rabu lalu dan disambung semula sekarang namun peguamnya meminta supaya perbicaraan ditangguhkan dahulu sehingga rayuan untuk membatalkan terus kesnya itu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat ini.

Sebabnya tentulah kerana takut yang lebih lucah,lebih kotor dan lebih menjijikkan akan terdedah atau pun semakin banyak bukti yang tambah meyakinkan terdedah yang akan menyebabkan orang ramai berfikir tidak wajar ditangguhkan atau dibatalkan terus.

Apabila perbicaraan sudah dimulakan sebenarnya kesan kepada Anwar sendiri “nasi sudah menjadi bubur”

Kita tidak tahu mengapakah peguam peguamnya yang terkenal sebagai tokoh dan jaguh yang memperjuangkan ketulusan dan keterbukaan tiba-tiba mahu mengetepikan hak rakyat untuk mengetahui sepenuhnya.

Bagaimana kalau perbicaraan kes tuduhan membunuh yang dihadapi oleh seseorang tiba-tiba dibatalkan di tengah- tengah  perbicaraan kerana permintaannya.. Jika ini berlaku maka habislah kredibiliti sistem keadilan negara kita. Akan nampak benar ada keistimewaan kepada orang-orang yang special .Jika tidak mahu diteruskan janganlah dimulakan dari awal.

Walaupun perbicaraan ini hanya baru beberapa hari sahaja tetapi berbagai cerita yang kotor dan jijik (meminjam kata-kata Anwar sendiri) telah pun menarik perhatian orang ramai. Sebenarnya kesah jijik dan kotor   inilah yang menggerunkan Anwar sama ada benar atau tidak kerana di mahkamahlah terletak kredibiliti dan keyakinan orang ramai.

Selain dari itu perbicaraan ke atas kes itu yang mungkin terhebat di tahun ini, telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah hilang glamour dan karismatiknya, tidak lagi sehebat dan segagah dahulu terutama apabila dia dibandingkan dengan Saiful Bukhari yang kacak dan jambu.

Yang sudah pasti wajah Saiful Bukhari memang menarik sekali kepada mana-mana pun homoseksual( bukan Anwar Ibrahim).

Selain dari itu yang juga menarik perhatian dalam proses perbicaraan ini ialah orang ramai yang hadir sebagai penyokong kepada bekas pemimpin besar negara itu hanyalah sekumpulan orang tua lelaki dan perempuan yang sudah tak ada gigi dan yang tidak kuat lagi sehingga kerana emosi pun boleh tak sedar diri.

Lebih buruk lagi dan tentunya amat menekan perasaan Anwar sendiri ialah tak sampai tiga puluh orang yang menyertai tunjuk perasaan untuk menyokongnya selepas sembahyang Jumaat.

Anwar pun sudah kelihatan lebih tua dari umurnya walaupun memakai cermin mata hitam dan walaupun cuba menunjukkan wajah ceria dan lain-lain lakonan untuk menampakkan keyakinan diri.

Yang paling terserlah dari perbicaraan ini ialah media yang paling ditakuti oleh Anwar Ibrahim ialah Utusan Malaysia jika dibandingkan dengan lain-lain akhbar. Ini membuktikan ke tidak berkesan dan kegagalan kempen pakatan rakyat terutama DAP dan Keadilan supaya dipulaukan akhbar ini. Rakyat tidak menerima dakwaan mereka bahawa Utusan Malaysia pembohong, bias dan tidak berkredibiliti.

Kerana Utusan Malaysia berada di puncak keyakinan rakyatlah maka barisan peguam Anwar mengambil berat terhadapnya,mereka takut dengan kebenaran berita yang disiarkan oleh akhbar ini, fobia mereka terhadap Utusan Malaysia sehingga mereka tidak nampak akhbar-akhbar lain terutama berbahasa Cina dan Tamil lebih sensasi dalam penyiaran gambar dan berita mereka.

Ini adalah suatu pengiktirafan yang tinggi kepada Utusan Malaysia  sehingga Anwar Ibrahim sendiri tidak lagi dapat menahan keberkesanan siaran berita yang menarik dan menggemparkan mengenainya.

Hidup UTUSAN untuk negara , bangsa dan agama.
 
MUSHYI ABDULLAH
 

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |