Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Anwar sokong sikap diktator Guan Eng

Anwar sokong sikap diktator Guan Eng

 
Nasir Sukiman
2 Februari 2010
 

KECAMAN bekas ketua PKR Pulau Pinang, Zahrain Hashim dan AP Nibong Tebal Tan Tee Beng terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, adalah petanda nyata hubungan retak PKR dengan DAP menunggu masa mencari belah.

Zahrain bukan saja menuduh Lim memerintah layak "diktator", cauvinis dan berfikiran ala komunis, malah meminta PKR dan juga Pas menghentikan sebarang tolak ansurdengan DAP kerana Guan Eng gagal menunaikan janji pilihan raya umum lalu. Guan Eng sebaliknya tidak menghiraukan desakan dan tuduhan itu malah menganggap kedudukannya tidak akan terjejas langsung kerana adanya sokongan kuat daripada
pemimpin ‘agung’ PKR Anwar Ibrahim yang mahu Zahrain diheret ke Jawatankuasa Disiplin.

Namun kini jelas wujud satu ‘pemberontakan’ di kalangan pemimpin PKR yang mendapati mereka semakin dianaktirikan oleh Guan Eng yang dituduh pula mahu membolot semua undi Cina dengan menggambarkan PKR sebagai parti Melayu.

Terbaru Tee Eng bukan saja mendedahkan muslihat DAP mahu menjadi juara sulung Cina dengan meminggirkan pemimpin Cina dalam PKR malah turut melabelkan Guan Eng sebagai tidak layak digelar pemimpin kerana mengamalkan politik dendam kesumat.

Guan Eng sama seperti bapanya yang berasal dari Melaka, didakwa tidak tahu dan tidak mahu mengenali kocakan politik di Pulau Pinang dan bersikap ibarat ‘penyapu buruk’ kerana tidak mempedulikan rintihan setinggan dan penduduk asal pulau mutiara itu seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala, tahun lalu.

Sikap dengki dan bencinya terhadap pemimpin PKR semakin ketara apabila Guan Eng enggan memberikan sebarang peruntukan pembangunan kepada wakil rakyat PKR berbanding kerajaan PKR Selangor yang menyediakan RM100,000 kepada setiap Adun Pakatan Rakyat dan lagi RM50,000 bagi perbelanjaan keraian dan pejabat.

Pencalonan wakil rakyat PKR dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan juga ditolak mentah-mentah oleh Guan Eng.

Kebencian Zahrain terhadap Anwar dan DAP pula jelas semakin memuncak apabila penasihat umum PKR itu bertegas membela Guan Eng dan mengutuk luahan perasaan Zahrain yang secara perlahan-lahan dipinggirkan setelah tidak dipilih PKR untuk bertanding di Dun Penanti tahun lalu.
 Zahrain yang selama ini berusaha habis-habisan mengampu Anwar, agak terkejut apabila diarahkan ketua pembangkang itu untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti bersama-sama AP Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan Zaid Ibrahim.

Berikutan kekecewaan itulah Zahrain didakwa cuba mengajak 10  Anggota Parlimen
pembangkang termasuk AP Merbok Rashid Din dan AP Indera Mahkota Azan Ismail yang baru berundur daripada menjadi timbalan ketua PKR Pahang, untuk menyertai UMNO-BN.

Desas-desus AP daripada Parti Keadilan Rakyat akan menyertai BN itu juga dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pengarah pilihan raya PKR yang baru dilantik, Fuziah Salleh tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.

Jika segala ramalan itu menjadi kenyataan maka punah dan berkecailah impian Anwar Ibrahim mahu bertapak di Putrajaya ibarat kaca terhempas ke batu.

 Bukan itu saja malah Zahrain akan muncul wira kerana berjaya memujuk AP pembangkang menyertai Kerajaan sekali gus membantu BN memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen. Anwar yang mengidamkan kerusi empuk di Putrajaya akan pasti menggigit jari! -malaysiaaktif.com

 

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |