Laman Utama  
  Lagi pautan dari arkib
 

MCA gesa tindakan ke atas Namewee




MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman
 
 

NAJIB IS ALONE

Datuk Seri Najib Tun Razak needs help. The Prime Minister is alone, as the chairman of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition parties he is also alone. He takes his cause along a lonely path where his ‘soldiers are going different ways’, seemingly deviating from his track and target.  He needs help, he needs support and he needs backing but so far, he got not coming. Even his idea of a New Economic Model came under fire from the largest NGO in the country – Perkasa. When Najib announced his 1Malaysia concept, everyone roared and clapped in unison, concurring to the concept that is supposedly to unite the multi-racial reality of the country.
 
 

NAJIB IS ALONE – PART 2

Top on Najib’s mind now is to retain Sarawak which state election is to be held latest by middle of next year. The going is not good as far as politicians and public see it given the political atmosphere in peninsular as well as the recently concluded Sibu state by-election. The main issue is Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud which even the BN election machinery finds it hard to address the issue which has now spread like wild fire among the electorates in the state. Many politicians in Kuala Lumpur predicted that if Sarawak BN fails to retain its two-third majority, Sabah will fall or follow the trend as the two states are sort of ‘biologically link’ in terms of minds and culture. They said when the trend show that way in Sarawak, then the coming general election would show similar trends in the peninsular which is considered as worrying for BN. Walking the tightrope and doing the balancing act is not easy job for Najib as his 1Malaysia concept is translated and interpreted depending on the benefits of whoever is doing it.
 
 

Biadab di surau, parti karaoke untuk menyambut ramadan dan lain-lain...


Setelah 53 tahun merdeka bersama Malaysia masih lagi terdapat orang Cina yang bukan saja langsung tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu (Malaysia), malahan masih ada yang tidak langsung bersungguh-sungguh untuk mendekati budaya Melayu dan mengetahui segala sensitiviti dan pantang larang orang Melayu.

Di antara contoh paling terserlah masalah ini ialah parti DAP yang sejak berdekad mendabik dada kononnya paling berhak memerintah ekoran manifestasi misi dan falsafah yang memperjuangkan keadilan sosial mutlak untuk semua. Walaupun ramai yang sedar laungan DAP itu hanya sekadar retorik politik tidak berasas, namun masih ada yang terpengaruh dengan janji-janji mereka.

Menyedari mereka tidak akan ke mana tanpa sokongan orang Melayu, mereka merancang pelbagai muslihat sehingga tidak kurang juga orang Melayu yang terpedaya, lantaran menyertai DAP atau setidak-tidaknya menyokong rancangan mereka melalui perseteruan dengan UMNO dan bersekongkol dengan PKR dan PAS.
 

 

BBC pun tak mau RPK dalam rancangannya


Apa nak dikatakan lagi? Kalau dah salah tu, salah juga la.

Pelan pihak Perbadanan Penyiaran British, BBC mengundang Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk ditemu ramah dalam rancangan popular HardTalk dibatalkan.

Difahamkan pembatalan tersebut berikutan pendapat dan nasihat peguam-peguam BBC yang mengatakan jika rancangan itu diteruskan ada kemungkinan BBC mendedahkan dirinya kepada komplikasi perundangan.

Sejurus selepas keputusan itu diumumkan, RPK terus menyebar berita tersebut kepada konco-konconya di Malaysia, dan dengan sekelip mata mereka bergegas untuk 'spin' berita penolakkan tersebut daripada perspektif lain pula - kali ini dengan menuduh kononnya BBC sudah hilang taring, tidak lagi bebas dan mudah dibeli.

Inilah wajah kumpulan anarkis yang menjadi pemangkin Pakatan Rakyat - gerombolan yang melemparkan pelbagai janji kosong untuk kononnya mencorakkan lanskap politik dan sosial baru bagi Malaysia.

Ibrahim mahu melompat lagi
Ketuanan Melayu diserang, UMNO bergoyang
Dilema Melayu: UMNO, Pas atau PKR?
Cara Ong pimpin MCA timbulkan banyak tanda tanya
Utusan Malaysia hanya boleh berkubur di tangan Melayu
Punca Malaysiakini siar berita palsu Najib
Memerangi politik wang satu jihad
Rais Yatim lebih layak jadi PM
 

  

  

carian   Web MalaysiaAktif.com

Polis Trafik hanya hangat-hangat tahi ayam.

 
POLIS TRAFIK HANYA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
 
KOPITIAM  TALK
29 JAN 2010

Kita amat menghormati usaha polis untuk mengajar penjalan kaki supaya mematuhi peraturan lalu lintas jalan raya tetapi oleh kerana usaha ini tidak berlaku secara konsisten atau sekejap ada sekejap tiada, maka orang ramai terperangkap dalam keadaan yang boleh menimbulkan kemarahan kepada pihak polis apabila dikuatkuasakan dengan tiba-tiba.

Contohnya ialah tindakan polis menahan dan menyaman orang ramai yang melintas jalan raya tanpa menggunakan jejambat di antara Sungai Wang dan Lot 10 di Bukit Bintang.  Di sekitar Kuala Lumpur sekalipun telah ada jejambat tetapi telah bertahun tahun orang ramai dibiarkan bermaharajalela melintas jalan di bawah.

Ramai orang terkejut bila melintas tiba-tiba  didatangi oleh anggota polis trafik dengan wajah yang bengis   terus meminta Kad Pengenalan dari mereka . Harus diingatkan kawasan ini adalah tumpuan pelancong. Bila orang ramai bertanya, mereka tidak di beritahu sebab dan polis terus meminta kad pengenalan.

Orang ramai sewajarnya menghormati usaha polis untuk mendisiplinkan penjalan kaki tetapi di samping itu pihak   polis trafik membiarkan teksi dan kereta  menunggu di jalan raya di depan hotel-hotel lima bintang dan juga di hadapan pusat membeli belah Pavilion di Bukit Bintang terutama di sebelah petang yang menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Hal Ini telah menyebabkan pandangan serong orang ramai atau menimbulkan berbagai prasangka awam terhadap polis malah jika diperhatikan kelakuan pemandu -pemandu teksi di sini se olah-olah mereka berkuasa ke atas polis.

Maka itu amat jelas nampak kepada orang ramai sikap “double standard” pihak polis dalam menjalankan tindakan untuk menguatkuasakan peraturan lalu lintas. Memang sudah sampai masanya untuk polis bertegas tetapi harus di ingatkan ramai orang yang lebih faham dengan budaya polis yang banyak bertolak ansur terutama dalam peraturan jalan raya.

Maka itu tindakan yang mengenai orang ramai khususnya penjalan kaki supaya melintas di tempat yang disediakan hendaklah di jalankan dengan mengingatkan mereka lebih dahulu kerana mereka tidak ingat bilakah masanya polis biasa bertegas. Saya tidak fikir media terutama TV3, RTM dan akhbar-akhbar tidak boleh membantu menghebahkan usaha polis ini sebelum menjalankan penguasaan untuk sekali dan selama lamanya.

Pihak polis tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap kenderaan awam, terutamanya pemandu-pemandu teksi yang telah dikenali sebagai samseng di bandar Kuala Lumpur. Sikap Polis dan JPA dalam hal ini adalah memalukan jika dibandingkan dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Singapura dalam mendisiplinkan pemandu teksi dan orang ramai awam.

Sikap hangat-hangat tahi ayam ini Polis amat jelas di Jalan Chow Kit di mana polis membiarkan orang ramai melintas jalan raya di sana sini setelah usaha untuk membetulkan disiplin mereka gagal. Kegagalan ini adalah oleh kerana Polis,Bandaraya dan JPA tidak menampakkan kesungguhan dalam tugas mereka dan orang ramai telah pun melihat ini sebagai keperibadian Polis Diraja Malaysia.

Lebih buruk lagi kawasan ini di penuhi oleh pendatang-pendatang asing dan tidaklah menghairankan jika polis kita tidak dihormati oleh mereka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah bekerjasama dengan pihak polis apabila hendak melaksanakan sesuatu peraturan atau untuk menjalankan kempen supaya penjalan kaki   menghormati aturan lalu lintas.

Melaksanakan tindakan yang drastik tanpa menjalankan kempen lebih dahulu terhadap awam   tentunya akan memberikan kesan buruk tidak sahaja kepada polis tetapi juga kepada kerajaan yang sedang menghadapi usaha bertubi tubi dari pihak pembangkang untuk memburukkan imej polis. Polis tidak seharusnya dilihat tanpa sedar turut membantu usaha ini.

MUSHYI ABDULLAH

KOMEN

 Name
 Email
 Website
 

Dalam usaha kami memastikan informasi tepat dan lengkap di laman Malaysia Aktif, tiada 'representation' di tekankan atau 'implied' dirujuk keatas informasi ini

While we make every effort to ensure the accuracy of the information contained in Malaysia Aktif, no representation expressed or implied is made in respect of the said information.


Perihal Malaysia Aktif | Polisi | Terma & Syarat | Penafian | Login | Guestbook | Sitemap |