|
ADAKAH penolakan pengundi di Permatang Pauh ke atas BN dapat diterima sebagai satu wake up call atau panggilan kecemasan bahawa populariti kepimpinan negara mulai pudar? Apakah natijah, implikasi di sebalik semua ini? Ke mana arah tuju dan arah haluan hubungan kaum, nasib masyarakat, kemuliaan agama dan pemantapan institusi di hari-hari mendatang?
|
|
Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan setelah hanya mendapat 92 undi. Sebanyak 447 undi rosak.
|
|
 |
Politik Malaysia selepas Permatang Pauh
Najib telah bersumpah sebanyak dua kali (dengan melafazkan nama Allah) menyatakan beliau sama sekali tidak mengenali dan mempunyai hubungan dengan Altantuya, tapi Anwar langsung tidak bersumpah untuk menafikan beliau pernah meliwat Mohd Saiful. Jentera pilihan raya BN di Permatang Pauh dikemudikan oleh Najib, tapi Anwar yang memperoleh kemenangan lebih besar.
Jika Pak Lah berundur daripada jawatan Perdana Menteri, Najib akan mengambil tempatnya dan akan terus berhadapan dengan Anwar. Walaupun telah dipersetujui peralihan kuasa hanya akan berlaku pada pertengahan 2010, SMS yang menuntut Pak Lah berundur lebih awal telah disebarkan selepas pilihan raya Permatang Pauh.
|
KEPUTUSAN PERMATANG PAUH
(1).jpg) |
Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)
31,195
|
 |
Hanafi Mamat (AKIM)
92
|
.jpg) |
Datuk Arif Shah (BN)
15,524 |
MAJORITI : 15,671
Peratusan
keluar mengund:i
80.83%(47,258)
Undi Rosak:
447 |
|
|
|
NANA KE PERMATANG PAUH
SAMBIL cuba melelapkan mata, otak terfikir apakah perubahan cuaca luar biasa ini satu isyarat dari Yang Maha Berkuasa mengenai sesuatu. Malam tadi di Masjid Bandar Baru Perda berlangsung majlis solat munajat anjuran Pakatan Rakyat untuk memohon kemenangan Anwar Ibrahim. Di sana mereka berdoa minta dimusnahkan orang itu dan orang ini.
|
 MAJLIS solat munajat meminta kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Bandar Baru Perda malam tadi turut bergema dengan doa meminta `dimusnahkan' Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Doa yang dibacakan selepas solat maghrib itu antara lain berbunyi:`` Ya Allah...musnahkan Mohd Saiful...(Tan Sri) Musa Hassan...(Tan Sri) Gani Patail...(Datuk Seri) Najib...''
|
.jpg)  AKHBAR Cina paling laris dan berpengaruh di Utara Semenanjung, Kwong Wah Yit Poh melaporkan dalam berita utama di muka depan pada 24 Ogos 2008, majoriti undi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan peroleh pada hari pengundian 26 Ogos ini adalah sekitar 3,000 sahaja.Menurut akhbar tersebut, pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, Anwar diramalkan akan memperoleh majoriti 15,000 undi.
|
SEBANYAK 17 daripada dalil itu mendedahkan betapa liciknya taktik Anwar yang menggambarkan seolah-olah semua pihak mahu mengkhianatinya. Lagi sembilan dalil menunjukkan Anwar memperkuda golongan tertentu termasuk pemilik dan penulis Blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin untuk memfitnah kumpulan yang selama ini cekap menentang dakyahnya.
|
KEMENANGAN di Permatang Pauh akan membuka langkah Anwar menapak sombong mendominasi Putrajaya. Berbekalkan desakan azam yang menggunung itulah Anwar menggunakan pelbagai kaedah merayu pengundi Permatang Pauh. Kadangkala terdengar lucu dan aneh melihat falsafah perjuangannya. Memang tepat dengan karakter sesumpah yang pernah disifatkan oleh Dato’ Nallakarupan apabila merumuskan prinsip perjuangan Anwar.
|
NANA KE PERMATANG PAUH
RAHMAN atau Rahmaan? Ini yang menjadi persoalan di muka depan akhbar Cina paling laris di Utara, Kwong Wah Yit Poh hari ini. Penulis berkenaan melaporkan bahawa Anwar Ibrahim mendakwa bahawa ejaan sebenar ialah Rahmaan mengikut tajwid bacaan bahasa Arab. Kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengubah ejaan Rahman kepada Rahmaan?
|
NANA KE PERMATANG PAUH
DALAM ceramah-ceramahnya di Permatang, Anwar Ibrahim menyebut Gus Dur, Joseph Estrada dan Tony Blair adalah rakannnya. Mereka ini adalah bekas pemimpin negara yang berundur dengan meninggalkan rekod buruk. Pemimpin-pemimpin yang akrab dengan Amerika dan suka berbaik-baik dengan Israel. Pemimpin yang turut menyebabkan kematian sejumlah besar umat Islam.
|
SIRI DULU KAWAN SEKARANG LAWAN
ORANG-orang seperti Lokman, Ghani dan Roslan Kassim hanya diperlukan untuk perjuangan membebaskan Anwar dari penjara. Selepas keluar penjara, misinya ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan menginap di Putrajaya. Misi ini tidak boleh dicapai dengan sokongan orang-orang seperti Lokman, Ghani dan Roslan. Ia memerlukan bantuan `meriam-meriam besar' seperti Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
|
NANA KE PERMATANG PAUH
SPEKULASI kini tersebar luas di Permatang Pauh bahawa Anwar Ibrahim pada akhirnya akan memilih jalan untuk bersumpah. Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Anwar sangat khuatir dengan isu sumpah Saiful dan dakwaan beliau menggoda isteri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin yang pasti akan mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar terutama orang-orang Melayu. Ia juga menggugat keyakinan para penyokong Pas sama ada mahu terus menyokong Anwar.
|
KOPITIAM TALK - 21 Ogos 2008
 ROCKY (Ahirudin Attan) yang menyiarkan bendera Malaysia terbalik dalam blognya masih mempertahankan perbuatan itu sebagai bukan suatu kesalahan atau kejahatan, dan sebaliknya berkata lebih baik polis memburu pembunuh Nurin. Soalnya ialah kenapa Rocky mengambil nilai orang Jepun untuk menjustifikasikan perbuatannya atau perbuatan rakannya yang dianggap "kurang ajar" oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
|
|
|
|
 |
Stop dishing out datukship to `kids'
I was really shocked when 24-year-old Nicole was awarded the datukship last month. Why? No doubt she’s the world squash champion but she’s only a ‘kid’ and since when did we start giving out datukships (originally meant for senior, deserving citizens) to school kids? Now, it’s Lee Chong Wei! Come on, Mr Chief Minister Lim Guan Eng. This is your most ridiculous act yet in your first few months as Penang’s chief executive.
|
Permatang Pauh semakin menggelegak
MEMANG betul seperti lazim diperkatakan politik adalah soal persepsi. Dalam banyak hal persepsi yang terbentuk dalam pemikiran orang ramai menentukan sama ada sesuatu peristiwa politik itu penting atau sebaliknya. Persepsi juga yang menentukan kehebatan atau kelemahan seseorang tokoh politik.
|
|
|